Monday, March 12, 2018

Karangan Syarahan Sayangilah Bumi


Sayangilah Bumi 爱护地球
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Sayangilah Bumi’.
          Bumi merupakan tempat tinggal kita. Bumi kita semakin tua. Oleh itu, setiap orang perlu menjaga dan menyayanginya. Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memelihara bumi.
          Pertamanya, kita perlu menjaga tumbuh-tumbuhan supaya sentiasa subur. Hal ini kerana tumbuhan membekalkan oksigen(提供氧气) kepada hidupan seperti manusia dan haiwan.
          Selain itu, kita perlu kurangkan penebangan pokok dengan menggunakan kertas yang dikitar semula. Dengan ini, kita dapat menyelamatkan pokok dan menyelamatkan bumi kita.
Para hadirin yang dihormati,
          Terdapat ramai orang yang masih suka membuang sampah di merata-rata tempat. Mereka bersikap pentingkan diri sendiri. Mereka sepatutnya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Dengan ini, kita dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan tikus di kawasan yang kotor.
          Kesimpulannya, kita mestilah menyayangi Bumi. Kawan-kawan, marilah kita bersama-sama menyelamatkan bumi untuk kepentingan kita pada masa hadapan.
          Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment