Sunday, July 24, 2016

Nota Bimbingan dan Kaunseling

Proses kaunseling kelompok
·         Corey dan corey (1987)

*      Peringkat permulaan



*      Peringkat peralihan



*      Peringkat bekerja



*      Peringkat akhir(penyatuan dan penamatan)



Peringkat perkembangan dalam kaunseling kelompok
·        Fasa pengenalan/orientasi
*      Ahli berkenalan antara satu sama lain
*      Cuba menyembunyi personality sebenar
*      Hanya menyatakan sifat-sifat yang dirasakan selamat dan diterima
*      Masih takut terutama penolakan ahli
*      Peranan kaunselor lebih aktif- bergantung kepada kaunselor
*      Rasa hampa jika kk tidak seperti yang diharapkan
*      Masih keliru dan persoalan timbul tentang faedah yang diterima dari kelompok
*      Ahli cuba menilai ahli lain,persoalan juga timbul sama ada diterima,dihormati dan sebagainya.
*      Tidak rasa bersatu padu dan tidak ada identity sebagai satu kumpulan
*      Lebih suka memberi nasihat
*      Tertumpu kepada kaunselor
*      Gaya perhubungan agak terhad
*      Terdapat ahli kelompok yang terpencik melainkan kaunselor dapat menggalakkan ahli terlibat.

·        Fasa konflik dan konfrontasi
*      Timbul rasa tidak puas hati.perasaan marah dan tidak puashati dinyatakan secara terus terang
*      Ahli kaunselor tidak melaksanakan tugas sebagai ketua.Ahli terlalu meletak jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor untuk memimpin dan memberi penyelesaian terhadap masalah mereka.
*      Perhubungan di antara ahli juga tidak begitu mesra dan masih prasangka.terasa terancam dan tidak pasti penerimaan ahli lain
*      Peringkat ini paling sukar.

·        Fasa bersepadu
*      Ahli berasa selesa di antara satu sama lain
*      Mula timbul rasa kepercayaan dan rasa hormat-galak ahli berkongsi perasaan dan pengalaman
*      Kedatangan amat menggalakkan dan ahli sangat menjaga kebajikan ahli lain
*      Ahli lebih terbuka mengemukakan pandangan dan pendapat
*      Ada ahli yang cuba mengambil inisiatif untuk menjadi ketua

·        Fasa kejayaan
*      Ahli berusaha kearah pencapaian matlamat bersama dan cuba memenuhi matlamat sendiri
*      Pada peringkat ini ahli telah mempunyai kebolehan untuk memimpin-kaunselor akan menjadi ahli biasa sahaja
*      Kaunselor hanya berperanan pada masa tertentu sahaja
*      Ahli sudah boleh berbincang secara terbuka,mengkritik dan menilai kelakuan masing-masing
*      Ahli berasa penglibatan mereka di dalam kumpulan amat bermakna.

·        Fasa penamatan
*      Perlu dinyatakan dari awal agar semua ahli bersedia
*      Mungkin timbuk rasa panik di kalangan ahli
*      Ahli agak rapat dengan kaunselor

Lima Fasa Perkembangan
 dalam Kaunseling Kelompok



Peranan kaunselor sebagai pemudahcara
Fungsi ketua yang asas
*      Merangsang emosi
-melibatkan perlakuan ketua yang berani meluahkan perasaan,sikap dan nilai dirinya
-kerap mengambil bahagian sebagai ahli
Ketua mengambil risiko dengan menyatakan rasa marah,kasih dan mesra dan menunjukkan cara melakukannya
*      Mengambil berat
-melibatkan factor melindungi,menjadi sahabat dan menunjukkan kasih mesra
-aspek yang menggalakan ahli mendapat m/b,pujian dan galakan positif daripada ketua kepada ahli yang lain
*      Memberi makna
-ketua menyediakan ahli untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan
Dalam masa yang sama,ketua menggalakkan ahli untuk mengubah perlakuan kepada yang boleh diterima.
*      Pelaksanaan tugas
-melibatkan factor yang menentukan tempat pertemuan yang sesuai,mencadang dan menentukan peraturan dan norma-norma yang perlu dipatuhi oleh ahli kumpulan,menentukan matlamat,masa dan etika kelompok

-peranan kaunselor sebagai pakar (Zuraidah,2004)
*ketua membuat komen tentang interaksi yang berlaku dalam kumpulan tidak kira apa teknik dan kemahiran yang digunakan
*ketua sebagai katalis(pemangkin)
*menghalang/campur tangan
*menyelesaikan perselisihan faham(diselesaikan dalam suasana yang tenteram dan tenang)

Ciri-ciri pemimpin kaunseling kelompok
1.      kepimpinan
2.      fasilitatif
3.      mesra
4.      hormat
5.      empati
6.      ikhlas
7.      terbuka
8.      tidak menghukum
9.      tidak membuat generalisasi


faktor menjadikan ketua kelompok berkesan
1.      kemahiran merancang dan mengatur
2.      mengetahui pengetahuan yang cukup
3.      pengalaman interaksi dengan pelbagai jenis manusia
4.      berpengalaman sebagai ahli,sebelum menjadi ketua kelompok
faktor dinamik kelompok
1.      matlamat kelompok
2.      komunikasi antara ahli

3.      dan lain lain

No comments:

Post a Comment