Tajuk pembentangan yang telah ditentukan adalah seperti berikut:
i. mencari lima hasil karya dan menjelaskan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan
ii. menghasilkan sebuah topeng haiwan secara individu
Untuk mendapatkan hasil karya , kami telah mengunjungi pusat sumber unruk mengenalpasti beberapa pelukis tempatan . Kami juga telah melayari laman web untuk mendapatkan maklumat – maklumat tentang latar belakang pelukis – pelukis tersebut . Kebanyakkannya , kami hanya dapat mencari koleksi lukisan pelukis dan tiada pernyataan atau interpretasi pelukis terhadap lukisan beliau . Oleh itu , kami telah merujuk kepada buku – buku seni dan merujuk kepada beberapa orang pengkritik seni dalam dan luar negara untuk menjelaskan unsur – unsur seni , prinsip rekaan dan struktur rekaan lukisan – lukisan tersebut .
Hasil-hasil karya yang dipilih adalah seperti berikut:
“Fighting Cockerel” oleh Ibrahum Hussein
“Di Pinggiran” oleh Shafurdin Habib
“Glimpse Into The Path No.4” oleh Anassuwandi Ahmad
“Wind” oleh Dr.Zakaria Ali
“Pembinaan Bukit Putus”oleh Mohd Nor Siraj
Menghasilkan Sebuah Topeng Haiwan Secara IndividuPembentangan tajuk ini memerlukan penglibatan setiap orang untuk menghasilkan sebuah topeng haiwan . Satu pengenalan yang ringkas tentang topeng telah dibuat untuk memberi gambaran yang umum kepada rakan – rakan . Fokus pembentangan adalah untuk menghasilkan topeng haiwan.Oleh itu, masa yang diperuntukkan untuk penerangan adalah singkat untuk memberi lebih masa kepada rakan – rakan untuk menyiapkan topeng mereka.
Topeng merupakan hiasan rekaan yang digunakan untuk menutup bahagian anggota manusa untuk menyampaikan mesej melalui lakonan.
Jenis-jenis topeng adalah topeng muka,mata,serkup dan tubuh.Alatan yang boleh digunakan untuk membuat topeng adalah gunting,pisau,jarum,pensel warna,penebuk lubang,warna , alat mewarna dan lain – lain yang difikirkan sesuai.
Bahan yang boleh digunakan untuk membuat topeng adalah benang,gam,kain,kad manila,karung kertas,beg kertas,kertas warna,gelang getah,gelung,pita pelekat dan lain-lain hiasan yang sesuai.
Langkah-Langkah untuk Menghasilkan Topeng Haiwan1. Fikirkan dan memilih jenis binatang yang diingini untuk dijadikan topeng.
2. Ukurkan muka dengan kertas untuk mendapatkan kedudukan mata, hidung dan mulut.
3. Tandakan bahagian-bahagian tersebut.
4. Melakar dan melukis bentuk muka binatang yang diingini
5. Mewarnakan topeng
6. Menggunting dan memotong bahagian topeng supaya membentuk topeng haiwan .
7. Ikat gelung getah pada topeng.
Laporan ringkas ini disediakan oleh,
Yew Jie Ying
IPG Kampus Darulaman 2011